Home > Personal, Tazkirah > Sebenarnya…..

Sebenarnya…..

August 3rd, 2009

Tajuk hari ini bunyinya agak pelik, hehehe. Saja nak bagi korang baca lebih lanjut.

Dulu, aku selalu bersangka, tak semua impian yang kita nak kita boleh dapat. Ada yang dapat dan ada yang sekadar menjadi angan-angan sahaja. Antara dapat dan tak dapat, bahagian yang tak dapat tu lebih besar. Susahnya nak dapat apa yang kita impikan. Dunia ni kejam sangat. Itulah pandangan aku disebabkan beberapa hajat yang tak kesampaian yang akhirnya membuatkan aku membuat kesimpulan sebegitu rupa.

Tapi sebenarnya, bila aku flash back balik, muhasabah balik diri aku ni, siap dengan statistik lagi, SEBENARNYA impian aku lebih banyak yang tercapai daripada yang tak dapat. Subhanallah. Malunya aku dengan Allah. Begitu besar nikmat yang aku dapat sehinggakan aku tak perasan rezeki yang ‘kecil’ ini. Aku nampak yang besar sahaja tapi apa yang aku dah dapat aku tak pernah nak hargai.

Jom tengok statistik aku buat, ringkas jer la, tak la aku letak semua dalam nih.

Masa darjah 6, aku nak 5A, aku DAPAT.

Masa PMR, aku nak 9A, aku TAK DAPAT.

Masa SPM, nak 10A, aku tak dapat.

Aku nak masuk U, aku DAPAT.

Dulu tak de PC, nak beli PC tapi tak de duit, tapi aku DAPAT juga, guna PC akak aku, alhamdulillah, walaupun sekejap banyak benda aku dapat masa aku ada PC tu.

Dulu, penat giler naik bas, nak beli motor, duit tak cukup, alhamdulillah, dapat jumpa member aku, jual motor 2nd hand & dapat bayar ansuran. Aku DAPAT lagi.

Dulu, masa ada masalah besar sampai aku terpaksa postpone belajar, aku nak masalah aku tu settle, nahh, alhamdulillah, dalam setahun masalah aku dah selesai. Aku DAPAT lagi.

Bila postpone belajar, aku teringin nak sambung balik, nahh, DAPAT lagi.

Dulu amik engineering sebab ikut kawan2x, aku tak minat, nak tukar course, amik bisnes, nahh, aku DAPAT lagi.

Dulu, masa tengah nazak financial aku, aku cari kerja at least yang dapat RM1500 sebulan, dekat 20 company aku interview, nahh, aku DAPAT juga, walaupun orang yang datang interview sekali dengan aku ada degree.

Dulu, masa mula2x duduk kat rumah sewa, aku teringin sangat pasang streamyx, habis duit pergi CC, 2-3 bulan selepas tu, aku berjaya mendapatkan streamyx, DAPAT lagi.

Semalam ada problem duit, short 200 hengget, padahal itu je duit aku ada, aku doa semoga problem tu settle, leh aku pakai duit tuh, nah, DAPAT lagi, problem tu settle pagi tadi.

Hari ini aku tak de duit nak makan, aku berharap ada la rezeki aku nanti, kalau tak de, aku makan je la apa yang ada, nahh, tiba-tiba ada orang belanja makan, DAPAT lagi.

Sem ni aku nak amik banyak subjek, max kredit hour, TAK DAPAT sebab clash jadual. Tapi sekarang aku plak kata, nasib baik clash, kalau tidak masalah lain plak datang.

syukur

Bila aku kaji balik, satu per satu, masyaAllah, banyak benda yang aku nak aku DAPAT. Ada juga benda yang aku nak tapi TAK DAPAT. Selalunya ada hikmah kenapa aku tak dapat benda tu. Ada yang aku cepat perasan dan sedar kebaikannya hajat aku tu yang tak kesampaian. Ada yang berbulan2x baru aku sedar. Dan ada yang bertahun baru aku sedar ada hikmah yang baik di atas kejadian yang berlaku kepada aku.

Subhanallah…..

Betullah apa Quran cakap. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah. DIA akan bagi kalau kita mintak. Mintak jer apa sahaja, insyaAllah akan dimakbulkan.

Malu sangat2x aku kat Allah. Dulu aku pernah persoalkan kenapa ujian dan dugaan ini berlaku kat aku. He is teaching me something. Aku yang tak perasan. Dalam aku susah macam tu, aku rasakan semua benda aku nak aku tak dapat, PADAHAL, banyak sangat benda yang aku dapat.

Terima Kasih Ya Allah. Thanks God.

Lately banyak kejadian yang menguji aku. Tapi everytime aku susah, aku mintak kat Allah, then something will happen, kali ini aku cepat perasan, mula-mula tak nampak lagi, lepastu baru perasan, ini benda yang aku minta hari tuh. Uishhh, terkejut oooooooooooo aku.

shocked-smiley

Ya Allah, kalau sejuta kali pun aku mengucapkan syukur kepada-Mu, memang tak menyamai nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku.

Alhamdulillah. Thanks Ya Allah. Terima Kasih Allah.

syukur1

Semoga aku lebih istiqamah dalam melakukkan ketaatan kepadaMu.

Amin.

yasir Personal, Tazkirah

  1. August 12th, 2009 at 18:48 | #1

    erm..artikel ini amat menarik..terasa juga kat hati.. :)

    walupun alhamduliah, rsanya byk juga dapat dari x dapat atas tadi tuh..tp yang paling bernilai dptnye bile dapat dibelanja tu..selamat..

  2. August 13th, 2009 at 12:23 | #2

    Aku rasa aku juga salah seorang yang sentiasa rasa banyak impian yang aku nak tak dapat. Padahal banyak juga benda yang aku dapat. Antaranya

    1. Sahabat sejati
    2. Mak yg baik
    3. Cukup makan minum kalau nak banding dengan orang kat Ethopia sana

  1. No trackbacks yet.

Comments links could be nofollow free.