Archive

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Update Dropshipper January

January 27th, 2010

Seperti yang diceritakan sebelum ini, setiap bulan aku akan test-drive satu dropshipper. Bulan ni aku mengkaji satu company ni, US based, menjual barang2x electronic dan handphone, branded refurbished item. Aku check di forum2x dan juga di internet, review memang banyak yang positif, aku email pun cepat ajer menjawab, memang tip-top customer service. Sistem order dia pun amat mudah sekali.

Aku dah agak hepi pada mulanya, maybe 1 company ni saja dah cukup untuk aku buat sales di ebay. Tetapi bila dah 1 minggu mengkaji market dan harga, harganya amat tidak competitive. Mahal la senang cerita. Harga di Amazon, yang NEW brand, factory sealed lagi tuh, lebih kurang sama dengan harga yang ditawarkan oleh dropshipper nih. Aduss, ketuk dahi aku, tapi aku tengok, memang ramai ahli dia. Aku rasa maybe dia masuk market lain, atau ebay lain, sebab ebay US memang tak bleh nak blah, baik beli kat Amazon, dah sah-sah ori,harga lebih kurang sama, free shipping lagi.

Ni maksud refurbished :

Refurbishment (restoration) is the process of major maintenance or minor repair of an item, either aesthetically or mechanically. often use this term when remodeling an attraction.

Maksudnya, beli barang used, repair, and bagi cantik seolah2x baru. Susunan dia lebih kurang macam ni la…

NEW—–>REFURBISHED——–>USED

Tapi aku akan still buat sedikit kajian, market mana yang boleh masuk. Competition kurang dan ada demand sedikit. Sebab company ni memang reliable,trusted. Sayang plak tak take advantage. Mesti ada loophole somewhere else. Cuma ebay US je tak susah sikit nak penetrate.

Lesson learned.

Jumpa lagi bulan depan untuk next update review dropshipper.

yasir Uncategorized

Apa yang aku DAH tahu tentang IM??

January 13th, 2010

Internet marketing merupakan antara cabang perniagaan yang aku minat selain dari trading. Berdasarkan entry sebelum ini, aku berazam untuk merealisasikan semua jenis perniagaan internet yang aku dah tahu. Tak fokus?. Tak juga, sebab setengah benda aku dah tahu, malah ada ebook step-by-step lagi, cuma aku je tak buat lagi. Kuasa fokus mungkin diperlukan semasa dalam proses learning lagi, tapi rasanya aku dah tahu asas serba sedikit, rasanya dah memadai, lagi bagus belajar sambil buat, learning by tweaking. Aku akan kurangkan masa aku involve dengan internet, dah memang aku tak de masa pun, ada masa pun hari sabtu je. Jadi nak tak nak, kena start belajar outsource.

Okey, kat sini aku senaraikan beberapa bidang IM yang aku dah tahu tentang asasnya sahaja termasuk la kaedah promosi, aku still tahap beginner, bukan expert lagi, jadi aku buat je dulu apa yang aku tahu.

1. Ebay

2. Article Marketing+Affiliate

3.Video Marketing+Affiliate

4. YSM+Adsense

5.Adsense for Domain

6.Wordpress Blogging

7. Penulisan Ebook/Terjemahan/Proofread - Pernah buat

8.Basic PPC+CPA

9. Servis SEO - Pernah buat


Banyak lagi sebenarnya yang aku baca pasal IM ni, tapi tak lengkap and tak de tutorial. Jadi, aku buat je dulu mana yang aku dah biasa buat or buat mana yang ada step-by-step punya tutorial. Benda yang aku boleh buat, aku buat, tak boleh buat, aku outsource je.

Untuk 3 bulan pertama ini, aku akan start dengan 2 perkara dulu :

1. Ebay - memang aku dah start serius sejak november hari tu. Jadi, selok belok ebay dah tahu sikit2x. LagipunĀ  aku ada kakak yang power ebay leh tolong aku kalau ada benda tak faham, kekekeke.

2. YSM+Adsense - Aku baru habis belajar dengan cikgu Abu Hanis kat WC. Boleh kata lengkap juga tutorial dia, cuma aku je tak test drive lagi.

TO-DO-LIST :

1. Setiap bulan aku akan try satu company dropshipper untuk Ebay. Memandangkan duit pun tak berapa nak ada, so tak leh nak extreme sangat listing barang. Cari company dropshipper yang banyak positive review and try listing satu barang dulu. Kalau ok, up sikit ke 5 barang. Kalau ok, target aku untuk listing 2 barang yang berlainan setiap hari, so, jumlahnya 60 item yang berlainan dalam masa sebulan.

2. Untuk YSM+Adsense aku akan cuba test drive juga. Tutorial dah ada, cuma modal $30 belum ada, duit ada sekarang cukup2x nak makan je, kekekeke. InsyaAllah, buat 1-2 minggu ni cuba buat research and cari artikel je dulu.

TO-DO-LIST lengkap akan aku update nanti. Aku akan buat benda ni hari Sabtu je. Sempat ke? InsyaAllah. Bila dah ok, aku akan fikirkan cara macam mana nak menjadikannya sebuah SISTEM. Yang lain-lain pejam mata sekejap, sabar sabar, nanti aku layan korang gak nanti, hehehehe.

Target?

Aku tak de apa2x target setakat ini, yang aku harapkan aku mampu istiqamah dan disiplin dengan bisnes online nih. InsyaAllah. Bila dah usaha, tawakkal je kat Allah, semoga semua urusan dipermudahkan dan diperkenankan. Amin.

yasir Uncategorized

Business Management 2010

January 13th, 2010

Dulu aku selalu tengok juga Donald Trump punya rancangan tu, Apprentice. Dalam siri program tuh, sebenarnya peserta bukan berniaga pun, tapi lebih kepada MENGURUSKAN perniagaan. Ada sesetengah task yang diberikan memang bukan dalam bidang diorang. Kerja sebagai akauntan, tapi suruh manage bisnes tepi jalan, bisnes iklan, dan sebagainya. Dulu, semua benda tu tak make sense kat aku pun walaupun aku tahu memang bisnes ni adalah suatu bentuk pengurusan.

Ada orang pernah kata kat aku, kalau nak buka bank, tak semestinya kita kena ada degree dalam banking and finance. Nak buka kedai komputer, tak semestinya kena ada pengalaman 10 tahun repair PC. Kalau nak buka restoran, tak semestinya kita kena tahu masak. Betul tak? Find the right people. Management is the art of getting work done through other people.

Itu yang aku cuba praktikkan sekarang. Aku dah belajar banyak teori tentang bisnes. Samada bisnes online mahupun offline. Banyak buku dah baca and seminar yang dah pergi. Tapi nampaknya hasilnya masih kurang memberangsangkan. Dah setahun aku buat bisnes internet secara serius, tapi income masih tak konsisten. Income aku banyak masuk masa januari-june tahun lepas, sebab masa tu banyak masa, semua benda aku buat, so, income pun lebih. Tapi sekarang masa dah tak banyak seperti dulu, dek komitmen belajar dan bekerja pada waktu yang sama. Jadi, insyaAllah, semoga tahun 2010 ini menjadi permulaan kepada aku untuk merealisasikan ilmu yang aku ada selama ini through business management process, insyaAllah, semoga dipermudahkan oleh Allah.

business managementt

The art of getting work done through other people.

yasir Uncategorized

Azam 2010

January 2nd, 2010

Apakah azam aku tahun ni ekk??

Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi!!

More time doing, less time thinking!!

Istiqamah & Disiplin!!

naruto_sage_mode_by_shadsonic2

yasir Uncategorized

Gambar 1001 Kenangan

November 21st, 2009

normalmasjiddq2

Rindunya kat tempat ni……

male22-male-cry-tears-smiley-emoticon-000064-large

yasir Uncategorized